Artikel Popular

Saturday, February 2, 2013

Amerika Syarikat: KDNK Menguncup, Pengangguran Meningkat

SABTU, 2 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Ekonomi Amerika Syarikat pada suku keempat tahun 2012, seperti yang dilaporkan  menguncup apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jatuh pada kadar tahunan 0.1 peratus, lebih lemah daripada yang diramalkan oleh ahli ekonomi dan prestasi teruk senak suku kedua tahun 2009, apabila ekonomi terbesar di dunia masih dalam kemelesetan. Kejatuhan ini adalah berpunca daripada pemotongan perbelanjaan ketenteraan dan krisis belanjawan cenuram fiskal

Dengan penguncupan KDNK itu, pemulihan ekonomi Amerika Syarikat terbantut, dan bahkan "pemulihan semakin lemah," seperti yang dibahaskan oleh Matthew O'Brien.  Sementara peningkatan perbelanjaan pengguna pada bulan Disember 2012 tidak mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara itu.

Dipersetujui, seperti yang dibahaskan oleh Greg Sargent bahawa pemotongan perbelanjaan kerajaan menjejaskan ekonomi.  Sargent juga memetik Ezra Klein yang memperincikan bahawa kerajaan menjejaskan ekonomi dengan berbelanja terlalu sedikit. Klein juga dalam Wonkblog mengemukakan cerita sebenar kejatuhan ekonomi dalam suku keempat itu.  Sementara Daniel Gross mengenal pasti punca sebenar, iaitu kerajaan pusat.

Walau bagaimanapun, hujah Christopher Matthews menegaskan laporan KDNK itu tidak seburuk seperti yang dilihat, manakala John Cassidy menemui sekurang-kurangnya enam alasan mengapa laporan yang mengejutkan itu kelihatan seperti sekala.  Derek Thompson juga bercakap dalam nada yang sama, berhujah bahawa "ekonomi hanya menguncup, tetapi ini merupakan laporan kDNK negatif terbaik yang anda akan baca."

Seperti lazim, setiap hari Jumaat pertama setiap bulan, kadar pengangguran pada Januari meningkat kepada 7.9 peratus daripada 7.8 peratus, dengan pengambilan pekerja meningkat kepada 157,000 orang.  Laporan terbaharu ini, menurut Neil Irwin, berita baik dan pertumbuhan stabil untuk memulakan tahun ini dan tahun 2012 adalah terbaik jika dibandingkan yang difikirkan pada mulanya.  Dan, penyemakan data menunjukkan pasaran buruh yang lebih kuat.  "Ekonomi sekurang-kurangnya sekarang," ulas Brad DeLong, "mewujudkan lebih banyak pekerjaan berbanding dengan trend pertumbuhan tenaga buruh."

 Penguncupan KDNK dan peningkatan kadar pengangguran tidak menghalang indeks Purata Perindustrian Dow Jones (Dow) untuk memasuki wilayah  14,000 mata, pertama kali sejak tahun 2007.  Kemaraan ini sememangnya,  ditunggu sejak beberapa hari lalu, dan pastinya menandakan keriangan pasaran.   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...