Artikel Popular

Friday, February 22, 2013

"Bertemu" Selebriti

JUMAAT, 22 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Semasa di +Universal Studios Hollywood, saya dan isteri sempat bergambar dengan Shrek dan isterinya. Sebenarnya, saya  ingin berdampingan dengan isteri Shrek, tetapi isteri saya seakan-akan "menghalang," maka memadailah duduk di hadapan Shrek. 

Di sini juga, saya terserempak dengan "Marilyn  Monroe"  yang muncul dengan kereta sportnya, tetapi bukannya +Marilyn Monroe  yang dipantau oleh FBI kerana disyaki mempunyai hubungan dengan komunisme

Ketika di Beverly Hills, saya tidak berpeluang bertemu selebriti, meskipun waktu itu ada penggambaran, manakala di seberang jalan kelihatan orang ramai berebut-rebut mengambil dengan seorang wanita. Isteri saya menyuruh pergi mengambil gambar, tetapi saya enggan kerana pada pandangan saya tertumpu pada lelaki Negro yang berdiri di belakang wanita itu - yang  saya sangkakan artis.  Oleh sebab saya dan yang lain-lain hanya berlegar-legar di Rodeo Drive kerana masa yang diberikan agak pendek, maka saya berpeluang melihat Hotel Pretty Woman, yang menjadi lokasi filem Pretty Woman lakonan  Richard Gere dan Julia Roberts

Dari Beverly Hills, saya dan anggota rombongan yang lain singgah sekejap di Farmers Market sebelum ke Kodak Theater dan Grauman's Chinese Theatre di Los Angeles, yang merupakan  tanda tempat Hollywood, dan kini dikenali sebagai TCL Chinese Theatre.  Di sini, tertera bekas tapak kaki dan tapak tangan para selebriti.  Hampir 200 bekas tapak tangan, tapak kaki, dan autograf selebriti pada konkrit petak depan panggung itu.  


Walaupun tidak berpeluang berjumpa selebriti, dapat melihat peninggalan mereka pun sudah memadai.  Saya mencuba sedaya upaya mencari tapak tangan atau tapak kaki Demi More,  Sharon Stone, dan Julie "Lara" Christie,  tetapi gagal.  Yang saya temui, antaranya ialah +Meryl Streep,   +Michael Jackson. dan +Barbra Streisand.   


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...