Artikel Popular

Friday, February 15, 2013

Panda Palsu Bersetubuh dengan Hillary Clinton Palsu

JUMAAT, 15 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Setelah mendedahkan video 47 peratus yang akhirnya menyumbang kekalahan Mitt Romney dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, David Corn sekali lagi mendedahkan sesuatu yang agak mengejutkan juga.  Kali ini tentang penyiasatan dalaman terhadap  FreedomWorks berhubung dengan video yang mengaibkan.

Video itu, menurut Corn, termasuk babak yang intern  wanita memakai sut panda merangsang mengadakan seks orang dengan Hillary Clinton, yang ketika itu Setiausaha Negara.  Dua intern wanita di FreedomWorks diambil untk memainkan peranan panda dan Hillary.  Seorang intern memakai topeng Hillary Clinton, manakala seorang lagi memakai sut panda gergasi yang Freedomworks gunakan pada protes untuk mengutuk puak progresif sebagai muncikari (panderers).  

Menempatkan panda dalam video, Corn memetik bekas staf FreedomWorks, ialah "jenaka dalaman."  Seorang lagi staf FreedomWorks yang bekerja di sana ketika itu mengesahkan bahawa "Ya, video ini dicipta."  Bekas pegawai FreedomWorks merasakan perbuatan itu gangguan seksual, menegaskan bahawa dua orang wanita diminta berlakon babak seks menyamar.

Hillary Clinton, yang telah meletakkan jawatan Setiausaha Negara dan digantikan oleh John Kerry, ialah calon pilihan Demokrat untuk Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016, di samping calon lain, termasuk Naib Presiden Joe Biden, dan yang terbaharu  Rahm Emanuel, Datuk Bandar Chicago dan bekas Ketua Turus Rumah Putih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...