Artikel Popular

Sunday, February 10, 2013

Paul Krugman Lawan Joseph Stiglitz

AHAd, 10  Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH



Kedua-duanya,  iaitu Paul Krugman dan Joseph Stiglitz, Penerima Hadiah Nobel Ekonomi dan  ahli ekonomi liberal.  Kedua-duanya mendukung rangsangan dan mengkritik jimat-cermat.  Bahkan, kedua-duanya membangkitkan isu ketidaksamaan yang semakin berleluasa di Amerika Syarikat, bahkan lebih teruk daripada Amerika Latin.  Namun, wujud perbezaan pendapat apabila Stiglitz menegaskan bahawa  "ketidaksamaan menjejaskan pemulihan," yang disanggah sama sekali oleh Krugman

Debat antara kedua-dua ahli ekonomi itu, menurut catatan John B. Judis dalam The New Republic, adalah penting memandangkan ketidaksamaan yang dapat dikurangkan semasa kemelesetan, tetapi semakin melebar, menurut kajian Economic Policy Institute.  "Jika ketidaksamaan merupakan faktor pemulihan perlahan, maka kerajaan sepatutnya melakukan sesuatu tentang perkara ini," hujah Judis yang cuba meringkaskan debat tersebut.

Mike Konczal yang turut mengulas debat antara Krugman dengan Stiglitz dan ringkasan Judis itu, cuba menghuraikan bagaimana ketidaksamaan menjejaskan pemulihan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...