Artikel Popular

Wednesday, February 6, 2013

Skim Penyeksaan Global, Malaysia Terbabit

RABU, 6 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Perang terhadap keganasan yang diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush berikutan Peristiwan 11  September 2001, melibatkan penyeksaan yang dilakukan oleh CIA terhadap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai pengganas.  Pentadbiran Bush, seperti yang dibahaskan oleh editorial The New York Times pada 26 Ogos 2010, menegaskan "teknik soal siasat yang diperkuat," iaitu penyeksaan adalah untuk mengorek maklumat daripada banduan dan memastikan rakyat Amerika Selamat daripada serangan pengganas.

Penyeksaan yang diperkenalkan itu mencetuskan kontroversi, yang selain mendapat liputan dalam The New York Times, turut mendorong Andrew Sullivan menulis dalam The Atlantic, mempersoalkan kewajaran dan kerasionalan bekas Presiden Amerika Syarikat melaksanakan skim tersebut.   Mark Bowden pernah menulis  dalam majalah yang sama tentang penyeksaan, iaitu "The Truth about Torture" dan "The Dark Art of Interrogation."   Penyeksaan yang dilakukan oleh tentera Amerika di Abu Gharib, Iraq, pernah didedahkan oleh Seymour M. Hersh dalam The New Yorker

Telah diketahui umum bahawa Amerika Syarikat tidak keseorangan dalam melakukan penyeksaan tersebut kerana banyak negara yang turut membantu atau bersekongkol.  Maksudnya, skim ini melibatkan skala global, dan kini diedahkan dalam laporan Globalizing Torture, yang antaranya dipetik oleh The Nation, Mother Jones,  The Guardian, dan The Huffington Post.  Laporan (pdf) yang diterbitkan oleh Open Society Foundations mendedahkan 54 buah negara  asing, yang terbabit dengan CIA dalam penyeksaan tersebut, termasuk Malaysia. Negara lain di rantau Asia Tenggara yang turut terlibat ialah Indonesia dan Thailand. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...