Artikel Popular

Tuesday, February 26, 2013

Saiz Coli, Saiz Kasut

SELASA, 26  Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tersebar khabar angin bahawa Kim Kardashian dan Kanye West dijangkakan menimang anak perempuan. Walaupun hamil, Kim masih mahu kelihatan bergaya  dengan pakaian mengandung, manakala saiz  colinya  membesar daripada 36D kepada 36G

Bagi orang lelaki pula, saiz hidung, tangan, atau kaki, merupakan petunjuk yang boleh dipercayai tentang saiz zakar lelaki berkenaan.  Dalam tulisannya,  Brian Palmer cuba mencetuskan persoalan,   "adakah saiz kasut mempunyai hubungan dengan saiz zakar."  Beliau memetik beberapa kajian, misalnya oleh ahli urologi di Hospital English pada tahun 2002 yang mengukur panjang zakar 104 orang lelaki dan mencatatkan saiz kasut mereka, mendapati tidak wujud korelasi yang signifikan antara kedua-duanya. Kajian pada tahun 1993 yang memerhatikan hubungan antara saiz kasut dengan panjang zakar, meskipun lemah.

Beberapa kajian lain, menurut  Palmer, menyatakan korelasi antara panjang zakar dan ukuran badan lain.  Penyelidik Turki pada tahun 2011 mendapati ketinggian, berat, dan nilai  indeks jisim badan semuanya berkait dengan saiz zakar.  Pada tahun yang sama, kajian English mendakwa memusnahkan mitos saiz kastu, iaitu ahli urologi Greece perhatikan hubungan antara panjang zakar dengan panjang jari telunjuk.  "Jika saiz bahagian badan lain berkait dengan panjang zakar," hujah Brian, "memang memeranjatkan jika saiz kasut tidak berkait."

Satu kajian yang menggunakan data yang besar, tetapi hanya melibatkan bintang lucah di Amerika Syarikat, cuba menentukan apakah purata mereka yang jelas kelihatan.  Kajian tentang 10,000 orang bintang lucah oleh Jon Millward, antara lain mendapati bahawa saiz coli yang paling lazim dalam kalangan bintang lucah perempuan, agak memeranjatkan boleh dikendalikan, iaitu 34B.  Bukannya D dua kali ganda, bahkan bukan D. D dua kali ganda biasanya menduduki tempat keempat, selepas B, C, dan D. Set ukuran paling biasa untuk wanita ialah 34-24-34.

Sementara itu, The Nu Project, yang dipetik oleh +The Huffington Post, memberitahu kebenaran tentang tubuh wanita. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...