Artikel Popular

Wednesday, February 20, 2013

Ekonomi OECD Merosot

RABU, 20 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Minggu lalu, ekonomi 17 buah negara dalam euro dilaporkan  menyusut sebanyak 0.6 peratus pada suku keempat tahun 2012, terburuk daripada yang yang diramalkan. Kemelesetan zon euro lebih dalam pada tiga bulan terakhir itu.

Yang terbaharu, ekonomi Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)   menyusut pada akhir tahun 2012.  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di seluruh 34 anggota +OECD jatuh sebanyak 0.2 peratus pada sukut terakhir tahun tersebut.  Negara terkaya di dunia menyaksikan ekonomi mereka menguncup untuk kali pertama dalam masa hampir empat tahun.

Semua ekonomi utama OECD, iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Perancis, Italy, dan United Kingdom telah pun mencatatkan kejatuhan output pada akhir 2012, dengan organisasi kumpulan pemikir itu menyatakan bahawa kemerosotan yang teruk berlaku dalam Kesatuan Eropah yang KDNK jatuh sebanyakj 0.5 peratus.  Kanada  hanya satu-satunya anggota  G7 yang kini dalam laluan untuk mencatatkan peningkatan output negara.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...