Artikel Popular

Friday, February 1, 2013

Negara Teratas dalam Pembedahan Plastik

JUMAAT, 1 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pembedahan plastik boleh dikatakan menjadi kelaziman masyarakat dunia dengan pelbagai tujuan, antaranya mencatikkan paras rupa, membesarkan atau menegangkan tetek, memperkemaskan buntut, membuang lemak,  mengetatkan paraj, dan membesarkan zakar. Ringkasnya, mahu cantik dipandang orang dan mahu hebat di atas ranjang.

Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh International Society of Aesthetic Plastic Surgeons, yang dipetik oleh The Huffington Post, hampir 15 juta tatacara kosmetik dijalankan di seluruh dunia pada tahun 2011.  Laporan tahunan ketiga, Global Study Aesthetic/Cosmetic Surgery Procedure Performed in 2011, menunjukkan beberapa trend menarik dalam keutamaan estetik, di samping pelbagai isu kesihatan.  Misalnya, Amerika Syarikat teratas dari segi pembesaran  tetek, manakala tiga buah negara Asia, iaitu China, Jepun, dan Korea Selatan, tergolong lima negara teratas menjalankan rinoplasti (pembedahan hidung).

Carta harian The Economist yang juga memetik sumber tersebut menyatakan lebih tiga juta melibatkan pembedahan botox.  Walau bagaimanapun, dalam kajian terbaharu ini, data tentang pembesaran zakar tidak dikumpulkan.  Mendahului senarai ialah Korea Selatan, manakala Greece dan Italy masing-masing menduduk tangga kedua dan ketiga.  Turut tersenarai lima buah negara teratas ialah Amerika Syarikat dan Colombia.


Pendek kata, ada wang semua boleh jadi, termasuk melakukan pembedahan plastik.  Tidak wang sekadar sengeh tunjuk gusi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...