Artikel Popular

Saturday, February 23, 2013

Tahun yang Panjang untuk Eropah

SABTU, 23 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Data terbaharu indeks pengurus pembelian (PMI)  menunjukkan harapan zon euro untuk kembali kepada pertumbuhan berkecai.  PMI jatuh daripada 48.6 kepada 47.3 bulan ini, di bawah tahap 50 yang menandakan titik pemisah antara penguncupan dengan pengembangan.    Zon mata wang bersama 17 buah negara itu dijangkakan terus terjebak dalam kemelesetan pada tahun ini, menurut Suruhanjaya Eropah (EC), dengan negara utama, seperti Perancis dan Sepanyol tidak akan mencapai sasaran mengurangkan hutang.  

Mengulas ramalan ekonomi yang baru bagi Eropah, P.W. menegaskan pemulihan semakin surut.  Titik tolak yang rendah bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kelewatan pemulihan, hujah beliau, "bermakna bahawa gambaran untuk tahun 2013 secara keseluruhan kelihatan pudar. Pada November lalu, EC menjangkakan kawasan euro tumbuh pada tahun ini, meskipun sekadar 0.1 peratus, selepas kemerosotan 0.4 peratus pada tahun 2012; kini EC menjangkakan kejatuhan KDNK 0.3 peratus selepas kejatuhan 0.6 peratus tahun lalu."  

Sementara Britain menerima tambaran yang keras apabila penarafan kreditnya jatuh daripada AAA kepada AA+ di tengah-tengah kebimbangan terhadap pertumbuhan yang lemah dan hutang yang meningkat. Penurunan penarafan yang dilakukan oleh Moody's adalah sebagai hukuman terhadap Canselor Goerge Osborne kerana beria-ria mengurangkan defisit.

Sekali lagi, Eropah menempuh tahun yang muram, tahun yang tidak membawa harapan untuk keluar daripada krisis yang berpanjangan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...