Artikel Popular

Friday, February 1, 2013

Kongsi Kerja Rumah Boleh Menjejaskan Keinginan Seks

JUMAAT, 1 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pasangan suami isteri yang bekerja, khususnya yang tidak mempunya orang gaji, berkecenderungan untuk berkongsi kerja rumah.  Misalnya, jika si isteri sibuk memasak di dapur, si suami pula menjaga anak, meskipun ada juga suami hanya membaca akhbar atau menonton televisyen.  Seleps makan, kadangkala suami membasuh pinggan mangkuk, kuali, dan periuk.  Demikian juga mengemaskan dan membersihkan rumah, selalunya suami isteri bersama-sama memikul tanggungjawab ini.  Si isteri juga amat maklum bahawa jika si suami beria-ria menjemur atau melipatkan kain, maka malamnya tiba  giliran si isteri "buka kain."

Demikian kerukunan rumah tangga, suami isteri saling bantu antara satu sama lain untuk kerja rumah.  Walau bagaimanapun, kajian ahli sosiologi di University of Washington, seperti yang dipetik oleh Bonnie Rochman, mendapati bahawa perkongsian kerja rumah ini memberikan mudarat terhadap keinginan bersetubuh:  cenderung untuk kurang aktif terhadap kehidupan seks. 

Pasangan yang memberitahu mereka mengadakan hubungan seks kira-kira lima kali sebulan sebelum kajian bermula.  Akan tetapi, jika si suami yang tidak menjalankan tugas lazim wanita, seperti memasak atau mungkin  mengelap lantai), pasangan itu mempunyai 1.6 kali lebih hubungan seks sebulan berbanding dengan si suami yang bertanggungjawab menjalankan semua kerja harian itu.  Suami yang menyumbang kepada kerja harian isi rumah, tetapi tertumpu tugas yang paling lazim untuk lelaki (menyenggara kereta, membayar bil, kerja di halaman) mempunyai hubungan seks .7 kali lebih berbanding dengan suami yang si isteri menjalankan semua kerja lelaki.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...