Artikel Popular

Thursday, February 7, 2013

Stiglitz: Dunia Tanpa Pemimpin

KHAMIS, 7 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, menurut Joseph Stiglitz, hilang beberapa gaya prakrisis. Sebelum kegawatan pada tahun 2008, tokoh kewangan dan industri boleh bertempik tentang kebaikan globalisasi, teknologi, dan liberalisasi kewangan yang dianggap perarakan era baru pertumbuhan yang tidak henti-henti.  Faedahnya akan dikongsi oleh semua orang, jika hanya mereka melakukan "perkara yang betul."

Hari-hari sedemikian, tegas Penerima Hadiah Nobel Ekonomi itu, telah berlalu.  Akan tetapi, Davos masih merupakan tempat yang baik untuk mendapat makna pandangan hidup global. Tanpa diperkatakan, tegas beliau, bahawa negara membangun dan pasaran sedang muncul tidak lagi memandang negara maju, sebagaimana yang mereka lakukan sebelum ini.

Jika wujud satu topik yang menjadi tumpuan para pemimpin yang berkampung di Davos kebanyakannya, jelas Stiglitz, adalah ketidaksamaan ekonomi. "Tidak ada seorang pun menyebut anggapan ekonomi lelehan, dan hanya sebilangan yang sanggup berhujah bahawa wujud kesusaian yang rapat antara sumbangan sosial dengan ganjaran swasta."

Stiglitz juga menyentuh ketiadaan kepimpinan global yang merupakan aduan utama di Davos. Dalam 25 tahun lalu, kita beralih daripada dunia yang dikuasai oleh dua kuasa besar kepada dunia yang dikuasai satu kuasa besar, tetapi kini kepada dunia tanpa pemimpin, iaitu multikutub. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...