Artikel Popular

Thursday, February 21, 2013

Antara Dua Darjat

KHAMIS, 21 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Selesai makan tengah hari di Bubba Gum, pada pukul 1.45 kami bertolak ke Beverly Hills yang terkenal sebagai tempat kediaman selebriti. Penyanyi terkenal, +Madonna,  mempunyai kediaman bernilai AS$22.5 juta dan Kim Kardashian,  mempunyai yang   bernilai AS$5 juta, yang beliau beli pada tahun 2010 pada harga AS$3.4 juta. Walau bagaimanapun, kedua-duanya  menjual kediaman masing-masing.

Dalam perjalanan, pemandu pelancong memberitahu bahawa Beverly Hills tempat yang eksklusif dan mahal. Saya dan anggota rombongan yang lain tidak lama di sini,  hanya  20 minit, berlegar-legar di Rodeo Drive.  Di kiri dan kanan jalan kelihatan bangunan kedai yang menjual barang berjenama terkenal, seperti +Louis Vuitton, Jimmy Choo, dan Hotel Pretty Woman. Ketika itu, ada penggambaran.  Di seberang jalan, kelihatan sekumpulan orang bergambar dengan seorang wanita; saya menjangkakan dia selebriti.  Isteri saya menyuruh saya pergi mengambil gambar, tetapi saya agak keberatan.


Dari Beverly Hills  kami ke Farmers Market yang menurut pemandu pelancong, tempat yang sangat berbeza dengan  Beverly Hills.  Di sini, saya hanya ke tandas dan kemudian santai di tepi kawasan letak kereta, manakala isteri saya bersama-sama yang lain memasuki pasar itu, membeli sedikit buah-buahan yang tahan untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.  

Kami di sini hanya 30 minit, kemudian bertolak ke Chinese Theatres dan  Kodak Theater.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...