Artikel Popular

Monday, February 11, 2013

Penyusutan Kedai Buku Kematian Percetakan (Bangunan)

ISNIN, 11 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pada Disember tahun lalu, Ann Patchett menulis dalam The Atlantic tentang kebangkitan semula kedai buku bebas kecil di Amerika Syarikat, dan pastinya hal ini agak memeranjatkan kerana beberapa tahun lalu, Borders terpaksa ditutup.  Sementara kedai buku radikal tertua di Britain terbakar, tetapi hujah Tim Gee, ideanya terus hidup. 

Di sebalik berita gembira tentang kedai buku itu,  Bloomberg melaporkan bahawa Barnes & Noble Inc. yang dalam kesukaran, menjual lima peratus kepentingannya dalam unit Nook e-reader kepada Pearson Plc. Seterusnya, pada awal bulan ini,  Peter Osnos membangkitkan dalam The Atlantic bahawa nasib Barnes & Noble terancam, dan rangkaian kedai buku tersebut sedang berkembang ke arah masa depan digital. Dalam masa 10 tahun akan datang, Barnes & Noble merancang untuk menutup hampir 300 buah kedai, iaitu sekurang-kurangnya 20 buah kedai setahun.

Sementara itu, dunia percetakan akhbar, menurut pemerhatian Daniel Gross,  bergelut dengan kematian, dan bangunan milik syarikat berkenaan terpaksa disewakan, bahkan dijual. Kebelakangan ini, heboh tentang kemungkinan The New York Times dijual, antara bakal pembelinya, Donald Trump.  Demi memastikan kelangsungannya, akhbar Columbus Dispatch dilaporkan melancarkan format percetakan baru yang inovatif. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...