Artikel Popular

Monday, February 18, 2013

Ekonomi Percintaan

ISNIN, 18  Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Bersempena Hari Valentine, muncul beberapa makalah yang berkaitan percintaan. Perkataan cinta didapati membanjiri kehidupan harian.  Pada hari tipikal, kira-kira 70 peratus orang di seluruh dunia dibuai cinta.  Di Amerika Syarikat misalnya, 81 peratus merasakan cinta, 81 peratus orang Kanada, dan 70 peratus orang Italy.  Jerman dan United Kingdom kurang bercinta, dengan kurang sedikit tiga dalam empat orang dilaporkan merasakan dicintai.  Di Amerika Syarikat juga, menurut Derek Thompson, Hari Valentine merupakan industri bernilai AS$20 bilion.

Selain penarafan cinta global, wujud makalah bagaimana Hari Valentine mencipta revolusi peruncitan yang ditulis oleh Leigh E. Schmidt yang menunjukkan hari tersebut memperoleh kepopularan di Amerika Syarikat  pada tahun 1840-an.  'Minggu menjelang Hari Valentine, para saudagar mula mempromosikan kedai mereka sebagai tempat fantasi dan perayaan," tulis Schmidt.  




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...