Artikel Popular

Tuesday, February 5, 2013

Naga Serang Akhbar

SELASA, 5 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam dua tiga hari ini, heboh tentang penggodaman terhadap beberapa akhbar utama di Amerika Syarikat.  Setakat ini, tiga akhbar utama menjadi mangsanya.

Penggodam Cina dilaporkan menjadikan The New York Times sebagai sasaran pertama sejak empat bulan lalu. Penggodaman itu  berpunca daripada rancangan  akhbar tersebut untuk mendedahkan rasuah yang berleluasa di China, termasuk perolehan kekayaan keluarga Perdana Menteri Wen Jiabao yang bernilai AS$2.7 bilion.  Gerry Smith yang mengulas kejadian itu menegaskan bahawa perisian antivirus tidak mampu menyelamatkan akhbar itu daripada penggodam. Seterusnya,  penggodam Cina menyasarkan The Wall Street Journal, manakala The Washington Post turut menjadi mangsa.


Kalau naga benar-benar perkasa, seperti yang dipersoalkan oleh Jonathan Freedland, penggodaman sepatutnya tidak berlaku.  Namun, hujah beliau, Beijing yang dituduh menggodaman The New York Times, ialah tanda kedua-duanya, iaitu kuasa yang sangat besar dimiliki oleh rejim, dan kebimbangannya terhadap tercetusnya pemberontakan. Beijing sanggup melakukan jenayah siber terhadap mana-mana pihak yang mengkritik elit pemerintahannya. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...