Artikel Popular

Friday, February 1, 2013

Bahasa Asing Segar Bugar di Bumi Bahasa Inggeris

JUMAAT, 1 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Banci   menunjukkan bahawa bahasa Poland adalah kedua terpenting selepas bahasa Inggeris di England dan Wales,  mendapat sanjungan editorial The Guardian bahasa itu tidak mudah untuk dikuasai.  

Sementara itu, menurut Jackie Ashley, di Britain akibat penghijrahan warga asing, kira-kira satu juta isi rumah tidak bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun, akibat kerajaan  memperkenalkan peperiksaan imigresen British yang lebih ketat, menyukarkan seseorang untuk menjadi warganegaranya, dan sekali gus boleh  menjejaskan perkembangan bahasa asing.

Tiga buah negara berbahasa Inggeris, iaitu Britain, Amerika Syarikat, dan Kanada menyaksikan perkembangan bahasa asing.  Sementara  di Amerika Syarikat dengan bahasa Sepanyol, di Kanada yang terlibat dalam pertembungan bahasa antara bahasa Inggeris dengan bahasa Perancis, memperlihatkan penularan bahasa asing.  Lebih dua juta orang dilaporkan tidak bertutur dalam, baik bahasa Inggeris mahupun bahasa Perancis.  Satu dalam lima orang bertutur dalam bahasa asing di rumah mereka.  Bahasa Cina terus menguasai, manakala bahasa Punjabi tidak kurang pentingnya, dengan 460,000 orang memberitahu bahasa itu merupakan bahasa ibunda mereka.  

Banci tahun 2011 menunjukkan bahawa rakyat Kanada semakin dwibahasa, tetapi bahasa Perancis tidak selalunya bahasa kedua kerana wujud bahasa lain di negara yang mempunyai kira-kira 200 bahasa itu.  Banci tersebut juga menunjukkan bahawa 17.5 peratus penduduk atau 5.8 juta orang bertutur dalam sekurang-kurangnya dua bahasa di rumah.  Daripada jumlah itu, kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris ditambah bahasa imigran, seperti Punjabi atau Mandarin.  Kurang daripada satu perempat atau lebih tepat 1,387,190 orang menggunakan kedua-dua bahasa, iaitu Perancis dan Inggeris di rumah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...