Artikel Popular

Thursday, February 28, 2013

Makanan yang Menyebabkan Anda Tidak Boleh Tidur

KHAMIS, 28  Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Ketika menginap di  Hotel Holiday Inn Civic Center, San Francisco, iaitu hari pertama saya tiba di Amerika Syarikat, melalui salah satu saluran televisyen, saya terpandang makanan yang menyebabkan seseorang tidak boleh tidur, antara coklat, dan makanan yang boleh membolehkan seseorang itu tidur, antaranya pisang.  Malangnya, saya tidak mencatatkan semua maklumat itu pada malam yang  saya bangun awal kerana mata tidak mahu meneruskan tidur lagi. Sehingga kini, saya terasa ralat kerana mengabaikan maklumat penting itu dan saluran televisyen berkenaan.

Akhbar +The Huffington Post, yang memetik penyelidikan tentang hubungan antara diet dengan tidur, menyenaraikan makanan yang boleh mencuri tidur seseorang: kopi, coklat, alkohol, makanan berlemak, stik, makanan berempah, limau gedang, dan air.  (Memeranjatkan kerana lazimnya apabila seseorang terbangun daripada tidur, dia akan minum air.)  

Implikasi tidur kurang enam jam, menurut The Guardian dan The Telegraph, boleh menjejaskan aktiviti beratus-ratus gen.  Kurang tidur juga menurut  +ABC News, boleh membawa pelbagai penyakit.  Mereka yang tidur kurang tujuh jam menghadapi risiko serangan jantung. Ancaman penyakit lain akibt kurang tidur ialah diabetes, kanser payu dara, masalah buang air kecil, kanser usus besar, dan mortaliti. (Nota: Kajian oleh BMJ mendapati  stres di tempat kerja bukan merupakan faktor empat kanser yang lazim.)

Dalam kajian lain, perlucutan tidur boleh menyebabkan kehilangan memori ketika tua.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...