Artikel Popular

Monday, February 18, 2013

Afzal Guru "Dibunuh" Atas Nama Demokrasi?

ISNIN,  18 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Setelah dipenjarakan selama 11 tahun dan didapati bersalah oleh Mahkamah Khas pada tahun 2002, akhirnya Afzal Guru dikenakan hukuman gantung.   Pada pagi Sabtu, 9 Februari, Kashmir yang ditadbir oleh India lengang.  Tidak ada akhbar yang dibawa pada pagi itu, tidak ada televisyen, tidak ada Internet.  Jalan-jalan di seluruh lembah itu diambil alih oleh pasukan keselamatan India sebelum fajar menyingsing pada Sabtu itu, mengadakan sekatan,  dan  mengenakan arahan yang ketat untuk semua penduduk supaya tidak keluar dari rumah mereka.  Penduduk tempatan yang keluar untuk bersarapan dihantar pulang. 

Demikian penceritaan menarik oleh Nilanjana Bhowmick tentang apa yang berlaku di Kashmir ketika Afzal Guru dikenakan hukuman.  New Delhi dalam misi untuk menyembunyikan sebanyak mungkin maklumat daripada sampai ke Kashmir tentang penggantungan Muhammad Afzal Ruru pada awal pagi Sabtu, kerana didapati bersalah membantu pengganas dalam merancang menyerang  Parlimen pada Disember 2001, dengan lima orang memasuki bangunan itu  dan melepaskan tembakan.  Empat belas orang terbunuh, termasuk semua lelaki bersenjata itu, dan 18 orang cedera.  Kerajaan pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) menuduh Afzal, bekas militan Kashmir, anggota kumpulan pengasingan melampau, iaitu Jaish-e-Muhammad (JeM), bertanggungjawab dalam serangan tersebut. 

Takut akan gema di lembah itu, tempat asal lelaki berusia 43 tahun itu, New Delhi memutuskan semua Internet di wilayah itu, memaksa akhbar harian Kashimir menghentikan percetakan selama empat hari, dan melarang rangkaian kabel daripada menyiarkan saluran berita, kecuali Doordashan milik kerajaan. Perintah berkurung dikenakan di 10 buah daerah.  Tulis Nilanjana, "perintah itu tidak berlaku sebagaimana yang dirancangkan oleh New Delhi.  Apabila berita penggantungan Afzal tersebar ke lembah itu, kekacauan tercetus di Kashmir yang masih berterusan hampir seminggu kemudian, tertumpu secara keseluruhannya di wilayah kediaman Afzal."

Kesalahan Afzal, jelas Nilanjana, tidak pernah tertanam dalam minda kebanyakan penduduk Kashmir, yang percaya bahawa beliau dituduh secara palsu dan tidak diberikan perbicaraan yang adil. Tambah beliau lagi, banyak orang di Kashmir, dan di tempat-tempat lain di India, melihat muslihat politik yang lebih luas terhadap hukuman gantung yang dilaksanaka secara mengejut, secara penuh kerahsiaan oleh kerajaan.

Arundhati Roy yang mengulas penggantungan Afzal Guru adalah mencemarkan demokrasi India.  Walaupun tidak wujud bukti yang jelas, semua institusi India memainkan peranan menyebabkan kematian Afzal.  Pada detik yang perpaduan jarang-jarang wujud di negara India, atau sekurang-kurangnya parti politik utama, iaitu Kongres, BJP, dan Parti Komunis India (Marxis), muncul bersama untuk meraikan kemenangan kedaulatan undang-undang.  Siaran langsung dari studio televisyen meraikan "kemenangan demokrasi." Puak nasionalis Hindu sayap kanan mengagihkan gula-gula untuk meraikan penggantungan itu, dan memukul orang Kashmir (memberikan tumpuan khusus kepada gadis-gadis) yang berkumpul di Delhi untuk mengadakan protes.

"BJP," tulis Arundhati menggesa supaya hukuman dilaksanakan segera.  Satu slogan pilihan raya parti itu ialah 'Desh abhi sharminda hai, Afzal abhibhi zinda hai,' yang bermaksud, "Negara kita berasa aib krana Afzal masih hidup.'" Bagi beliau, Afzal dinafikan haknya untuk mendapat keadilan; beliau dikurung di dalam bilik yang dikawal ketat, tidak mempunyai peguam.  Mahkamah melantik peguam baru yang tidak melawat anak guamnya, walaupun sekali di penjara, tidak memanggil mana-mana saksi untuk membela Afzal, dan peguam itu tidak menyoal balas saksi pihak pendakwaan.

Dari kamar mahkamah, Arundhati membawa para pembaca ke lembah Kashmir untuk mengetahui cerita sebenar, tempat bahaya potensi nuklear, dan zon yang paling padat dengan ketenteraan di dunia, dengan setengah juta orang tentera India (seorang tentera bagi empat orang awam, dan pagar sesat kem tentera serta bilik penyeksaan.  Sejak tahun 1990, jelas beliau, apabila penentuan nasib sendiri menjadi militan, 68,000 orang terkorban, 10,000 orang  lenyap, dan sekurang-kurangnya 100,000 orang diseksa.

"Kini, Afzal digantung.  Saya berharap hati nurani kolektif kita berasa puas, Atau cawan kita yang berisi darah hanya separuh penuh?" Arundhati menamatkan tulisannya. 

Sebagaimana Arundhati Roy, Dilip D'Souza yang menegaskan bahawa hati nurani India diubah terhadap keganasan, meragui tuduhan yang dilemparkan terhadap Afzal.  Namun, beliau pergi lebih jauh, mempersoalkan keputusan hakim yang menggunakan hujah "hati nurani kolektif."  Beliau seterusnya, mempersoalkan sikap lembut kerajaan terhadap keganasan, yan disifatkan "tidak ada bola."

Dalam maksud sebenar, hujah D'Souza, "inilah sebabnya saya percaya negara ini lembut terhadap keganasan.  Lagipun, tidak buruk keganasan kita lihat di India berlalu hampir tidak dihukum.  Tiga ribu orang India dibunuh di Delhi pada tahun 1984, lebih 1000 dibunuh di Mumbai pada 1992-1993, dan Gujarat pada 2002."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...