Artikel Popular

Monday, February 11, 2013

Pungutan Suara Scotland, Britain Beri Kata Dua

ISNIN, 11 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Scotland akan mengadakan pungutan suara pada tahun 2014, sama ada kekal atau keluar daripada United Kingdom. Negara itu akan mengundi untuk merdeka,  selepas 300 tahun dalam kesatuan.  Undi pungutan suara ini berkemungkinan berubah kepada ekonomi, ulas The Economist

Scotland, hujah editorial The Guardian, pungutan suara sebenar Britain yang bercadang mengadakan pungutan suara pada tahun 2015 untuk menentukan, sama ada kekal atau keluar daripada Kesatuan Eropah. "Pungutan suara sebenar yang sepatutnya menjadi tumpuan minda politik di seluruh Britain adalah sesuatu yang pasti berlaku tahun depan, tidak kira apa-apa pilihan raya, untuk menentukan, sama ada Scotland kekal dalam  United Kingdom ataupun meninggalkannya.

Walau bagaimanapun, kerajaan British memesatkan lagi kempen untuk menyekat Scotland meninggalkan United Kingdom, dengan memberikan kata dua bahawa "negara baru" itu akan dihalang daripada menganggotai Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Antara kedua-dua organisasi itu, pastinya Britain lebih mempunyai kuasa untuk menyekat Scotland daripada menganggotai PBB kerana negara itu (Britain) merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan, manakala untuk Kesatuan Eropah, Britain berkemungkinan tidak mempunyai suara lagi selepas tahun 2015 jika pungutan suara berkesudahan dengan keputusan meninggalkan kesatuan itu.

Dengan pendirian tegas kerajaan British itu, pastinya Scotland yang merdeka itu menghadapi kesukaran untuk terus menggunakan paun sterling sebagai mata wangnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...