Artikel Popular

Thursday, February 28, 2013

Negara Maju Juga Mendaulatkan Bahasa

KHAMIS, 28 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH 



Para doktor dari Kesatuan Eropah terpaksa menghadapi pemeriksaan bahasa sebelum mereka dibenarkan berkhidmat di +United Kingdom.   Demikian tajuk berita +The Guardian, bahawa sehingga 220 orang doktor kanan di England dilantik secara sah untuk bertanggungjawab memeriksa bahasa dan kemahiran komunikasi doktor dari Kesatuan Eropah yang datang berkhidmat di United Kingdom mulai April ini. 

Pengenalan peraturan baru diperkenalkan dalam pindaan kerajan terhadap peraturan perubatan, dikuatkuasakan lebih lima tahun selepas doktor Jerman secara sengaja membunuh pesakit ketika dia mula berkhidmat di United Kingdom.

Sementara itu, restoran Buonanotte, yang terletak di +Quebec Region, yang majoriti penduduk bertutur dalam bahasa Perancis, dikritik kerana menggunakan perkataan "pasta" dan "calamari" dalam menunya, menurut laporan +CBC News yang dipetik oleh +The Huffington Post.  Perkataan tersebut tidak padan dengan terjemahan bahasa Perancis pada menu, dan menimbulkan masalah bagi  Quebec Office of French Language (OQLF). Perkataan itu agak terlalu Italy, bagi  polis bahasa Quebec.

Pemilih restoran itu,  Massimo Lecas, menurut +CBC News, diberitahu oleh pihak berkuasa wilayah itu bahawa perkataan Italy, seperti "bottiglia," "pasta," dan "antipasto" sepatutnya semuanya mempunyai terjemahan dalam menu tersebut.  Dia juga mendakwa bahawa beliau diminta supaya menterjemahkan perkataan Italy untuk bebola daging dan "calamari" ke dalam bahasa Perancis. 



1 comment:

  1. Juga krisis pertuturan bahasa melayu formal sudah di peringkat parah!!..Bayangkan kalau semua kata sendi 'di' sudah ditransformasikan keperkataan 'dekat'. Cuba dengar penyampai radio yang petah bercakap tapi sebenarnya menjadikan bahasa kita 'sampah'!!!!...contoh..Kami pergi dekat dalam hutan.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...