Artikel Popular

Wednesday, May 2, 2012

Tutor Zaman Digital

RABU, 2 Mei 2012 
Oleh: ZULKIFLI SALLEH 

Seperti yang dinyatakan dalam tulisan ini, antara "The 100 Most Influential People in the World" dalam Time ialah Salman Khan. Beliau, tulis Bill Gates,  merupakan tutor bertaraf dunia untuk zaman digital. Sebagaimana banyak inovator agung, Salman Khan tidak berhasrat mengubah dunia. Beliau hanya cuba membantu sepupunya yang masih remaja belajar algebra di seluruh negara. 

Namun, daripada usaha kecilan itu, Salman, jelas Gates menghasilkan perpustakaan dalam talian yang menakjubkan tentang matematk, sains, dan mata pelajaran lain. Dalam proses ini, beliau mengubah bilik darjah dan dunia pendidikan dalam kepalanya. Aspirasi khanacademy.org adalah untuk memberikan peluang pendidikan percuma bertaraf dunia kepada setiap kanak-kanak. 

Laman web itu, jelas Bill Gates, mempunyai 3000 pelajaran ringkas yang membolehkan kanak-kanak belajar atas keupayaan mereka sendiri. Gates memberitahu bahawa beliau menggunakan Khan Academy untuk anaknya, berasa kagum akan keluasan kepakaran mata pelajaran Salman dan kepakarannya menjadikan topik yang rumit boleh difahami. 

Adanya kemudahan pendidikan seperti ini yang jangkauannya begitu luas, dapat diakses oleh kanak-kanak di seluruh duniw, nescaya kelemahan mereka dalam mata pelajaran tertentu dapat diatasi. Membaca tulisan Bill Gates tentang tutor bertaraf dunia itu terbayang saya akan Pengajaran dan Pembelanjaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pelaksanaannya masih diteruskan, dan bahkan didesak diteruskan selama-lamanya. 

Mungkin ada baiknya para ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka belajar dengan Salman Khan.  Kepada yang terus melalak dan menyalak mendesak PPSMI, yang sering mendakwa bahawa "jendela dunia" mereka terbuka luas, perhatikan dunia seluas-luasnya.  Hal ini demikian kerana anda melihat dunia secara terpilih, iaitu bertindak memejamkan mata apabila wujud maklumat dan dapatan baru yang bercanggah dengan pendirian anda!

Sebenarnya, teknologi banyak membantu orang ramai, termasuk kanak-kanak menguasai bahasa asing dengan mudah. Baru-baru ini, Annie Murphy Paul menulis bagaimana orang dewasa dapat bertutur bahasa asing dengan mudah, iaitu dengan tidak menggunakan "prinsip keperibumian" lama, sebaliknya menggunakan "prinsip kebolehfahaman."  Maksudnya, jika seseorang itu ingin belajar bahasa Inggeris, dia perlu mengetepikan telor sempurna bahasa itu. 

Tanpa menafikan bahawa menguasai dwibahasa atau lebih, banyak manfaatnya, termasuk dari segi kesihatan, tetapi tidak  sampai mengorbankan bahasa rasmi negara ini.  Lagipun, kini Salman Khan sanggup membantu anda di mana-mana sahaja anda berada.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...