Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Hari Pekerja yang merupakan hak pekerja disambut dengan protes di seluruh dunia, dan seperti yang berlaku di Los Angeles, juga di beberapa tempat lain di Amerika Syarikat, menurut The Nation dan The Guardian, dilancarkan dengan kerjasama gerakan Menduduki Wall Street apabila aktivis Menduduki 100 buah kota. Bahkan, kesatuan sekerja di negara itu, dicadangkan supaya Menduduki Hari Pekerja yang disambut sejak beratus-ratus tahun. Sementara di London, sempena Hari Pekerja, gerakan Menduduki dilaporkan, aktif semula.
Para pekerja di seluruh Asia, menurut Time, menuntut peningkatan upah, manakala perarakan di seluruh Eropah dirancang untuk menentang langkah jimat-cermat yang dilaksanakan oleh kerajaan, antaranya di Greece. Aktivis buruh mengadakan perarakan dan perhimpunan di Eropah dan di seluruh dunia, lapor BBC, sebagai menyambut Hari Pekerja, ketika pelaksanaan jimat-cermat dan berlakunya kekacauan sosial.
Carta harian The Economist yang menyentuh sejarah ringkas Hari Buruh, menegaskan tahun ini, perarakan mempunyai kesan tambahan, iaitu pilihan raya di Perancis dan Greece, pelaksanaan jimat-cermat, di samping pengangguran yang tinggi. Yang paling menakutkan kerajaan di seluruh Eropah, menurut carta harian itu, adalah bahawa angka pengangguran dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), seperti yang ditunjukkan oleh Sepanyol akan mengubahnya. Output ekonomi masih empat peratus di bawah puncak prakrisis dan pada 30 April, data rasmi mengesahkan Sepanyol menjadi negara ke-12 di Eropah yang terjebak dalam kemelesetan.
Meskipun Hari Pekerja pada tahun ini disambut ketika ekonomi yang muram dan kadar penggangguran yang tinggi di banyak negara, seperti harapan yang diletakkan oleh Immanuel Wallerstein, kemungkinan kembalinya kesatuan sekerja.
Meskipun Hari Pekerja pada tahun ini disambut ketika ekonomi yang muram dan kadar penggangguran yang tinggi di banyak negara, seperti harapan yang diletakkan oleh Immanuel Wallerstein, kemungkinan kembalinya kesatuan sekerja.
No comments:
Post a Comment