Artikel Popular

Wednesday, May 16, 2012

Demokrasi Mekar di Bumi Kelahirannya?

RABU, 16 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Setelah gagal menubuhkan kerajaan baru dan ekonominya pula lumpuh, Greece dijangkakan akan mengadakan pilihan raya baru. Greece betul-betul mencampakkan zon euro  ke dalam krisis yang cukup dalam. Dengan kegagalan penubuhan kerajaan selepas pilihan raya berlangsung lebih seminggu yang lalu, meskipun rundingan demi rundingan diadakan,  keanggotaan negara itu dalam zon euro tidak menentu. 


Jika pilihan raya baru diadakan, Immanuel Wallerstein menjangkakan Pakatan Parti Radikal Kiri (Syriza) muncul sebagai pemenang utama. Sementara Megan Greene daripada Roubini Global Economics menegaskan  Syriza   akan mendapat sokongan yang lebih banyak.  Mendapat suntikan semangat  daripada prestasi parti itu dalam pilihan raya pertama, parti pimpinan Alexis Tsipras akan terus mendesak platform antipelan penyelamatnya. 


Dari satu segi yang lain, orang Greece mungkin memutuskan untuk mengundi "syaitan yang mereka kenalil," iaitu Demokrasi Baru (ND) dan Pasok.  ND terutamanya, mengkritik Syriza secara lantang, dengan tepat mendakwa bahawa menolak pelan penyelamat akan mengakibatkan Greece keluar dar zon euro.  


Para pengundi di Greece masih mengutamakan keanggotaan negara mereka dalam zon euro, dan akibatnya, mungkin berbondong-bondong bali kepada dua parti tradisional.  Lagipun, ND dan Pasok merupakan jentera parti di seluruh negara.  Dengan kadar pengecualian mengundi yang tinggi, kedua-dua parti itu mungkin berjaya dalam menggembleng pengundi dalam pilihan raya baru.


Pastinya, pilihan raya baru jika diadakan kelak, bukannya kerana kemekaran, sebaliknya adalah kerana pertembungan antara demokrasi dengan kapitalisme yang terperangkap dalam  "permainan hasil tambah sifar." Pada suatu ketika, demokrasi terpaksa dikorbankan demi menyelamatkan kapitalisme; kini, demokrasi pula didakwa menggelincirkan euro



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...