Artikel Popular

Wednesday, May 23, 2012

Jomo: Calon Sesuai untuk ILO

RABU, 23 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Beberapa bulan lalu, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, Dr. Jomo  menyatakan kesediaan beliau untuk  bertanding jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).  Hasrat beliau mendapat sokongan kerajaan Malaysia,  di samping  Jomo sendiri dilaporkan memohon sokongan China. 

Mark Weisbrot yang menulis dalam The Guardian semalam, meletakkan harapan kepada Jomo untuk menerajui pertubuhan buruh itu:  Peranan baru untuk ILO dalam ekonomi dunia. Pada 28 Mei ini, akan berlangsung pemilihan Ketua Pengarah baru untuk ILO, dengan calon pilihan ialah Guy Ryder, bekas Setiausaha Agung Persekutuan Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC).  Selain beliau, seorang lagi calon yang mendapat sokongan serantau, seperti Angelino Garzon, Naib Presiden Colombia. 

Namun, tegas Weisbrot, seorang lagi calon ialah Jomo Kwame Sundaram dari Malaysia, satu-satunya calon Asia.  Lepasan Harvard, Jomo kini ketua ahli ekonomi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), juga bertanggungjawab terhadap program kerjasama teknikal badan dunia itu. 

Mempunyai reputasi di sebalik laporan suruhanjaya yang dipengerusikan Joseph Stiglitz, Jomo, menurut Weisbrot, menunjukkan pemahaman yang jelas bukan sahaj punca krisis ekonomi semasa, tetapi juga kegagalan kerajaan yang relevan dan institusi antarabangsa untuk mengeluarkan kita daripada krisis itu.  Beliau juga akan mendedahkan falasi liberalisasi pasaran  buruh yang kini dilanggani sebagai penyelesaian.  Prestasi beliau menunjukkan beliau akan menyediakan kepimpinan yang perlu di ILO. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...