Artikel Popular

Tuesday, May 22, 2012

Perlumbaan Presiden Amerika

SELASA,  22 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Melalui carta hariannya, The Economist turut menganalis dan meramalkan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat  yang dijangkakan pertarungan sengit antara Presiden Barack Obama dengan Mitt Romney daripada Republikan,  dengan 10 buah negeri menjadi medan pertarungan antara kedua-dua calon itu. 

Meskipun sokongan terhadap Obama mula menurun sejak  Mei,  sebagaimana beberapa ramalan yang lain, carta harian tersebut menunjukkan Obama mendahului Romney, iaitu 243 undi badan pemilih untuk beliau berbanding dengan 170 untuk pencabarnya.  Sementara 125 undi menjadi perebutan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 270 undi.  

Tatkala kempen semakin rancak dan kedua-dua pihak saling menyerang antara satu lain, isu besar tersedia di atas meja Presiden Obama dan Mitt Romney memulakan kempen pilihan raya ini, iaitu pekerjaan dan ekonomi, masa depan penjagaan kesihatan, cukai, perbelanjaan, saiz dan skop kerajaan.  Namun, apa yang tidak ada, tegas Dan Balz dalam The Washington Post, "Dapatkah Washington memerintah?"  

Tinjuan pendapat menunjukkan Obama dan Romney berpecah dari segi isu ekonomi, manakala sokongan Obama terhadap perkahwinan sejenis tidak mengubah tinjauan pendapat yang dilakukan oleh Gallup bahawa Romney masih mendahului beliau dengan mata, iaitu 47 peratus berbanding dengan 44 peratus untuk Obama.

Sementara Obama dihantui oleh sijil kelahirannya yang sering dipersoalkan bahawa beliau tidak dilahirkan di Amerika Syarikat,  Romney pula dikatakan gagal melihat Amerika. Bahkan, dalam satu minggu, Romney dikatakan mengalami dua kekalahan, iaitu daripada Bain Capital kepada Jeremiah Wright sehingga  memaksa beliau bermain bertahan.   Penglibatan Romney dalam Bain Capital dijangkakan terus  mewarnai perlumbaan Presiden ini, meskipun dalam kalangan Demokrat sendiri tidak wujud kesepakatan tentang isu ini

Kempen Obama juga  menggunakan "modal"  Rick Santorum dan Newt Gingrich yang menggasak Romney ketika ketiga-tiga calon Presiden daripada Republikan bersaing dalam kokus dan pemilihan awal parti mereka. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...