Artikel Popular

Wednesday, May 9, 2012

Gaji Tinggi CEO Berbaloi?

RABU, 9 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pemberontakan para pemegang saham terhadap gaji eksekutif dilaporkan merebak  dalam Aviva, syarikat insurans terbesar di Britain dan  William Hill. Gaji tinggi yang diterima oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) yang minggu lalu mendapat liputan The Guardian yang telah pun diposkan  dalam blog ini, turut mendapat perhatian carta harian The Economist.  

Carta tersebut juga memetik sumber yang sama, iaitu kajian  terbaharu Economic Policy Institute, yang menghitung bahawa ketua eksekutif di 350 buah syarikat terbesar Amerika dibayar gaji 231 kali lebih tinggi daripada purata pekerja sektor swasta. Nisbah ini, yang termasuk nilai opsyen saham, mula meningkat semula selepas jatuh ketika kemelesetan.  Ketidaksamaan ini menjadi lebih penting pada masa sukar apabila purata pekerja hidup tersepit. Upah di Amerika adalah datar untuk bertahun-tahun, manakala  gaji CEO meningkat dengan banyak, ada kalanya kurang hubungannya dengan prestasi syarikat. 

Kajian kumpulan pemikir itu mendedahkan bahawa ketidaksamaan pendapatan yang melebar mempunyai beberapa sumber, tetapi aspek yang paling nyata meningkatnya ketidaksamaan di Amerika Syarikat ialah jurang upah antara golongan yang bergaji sangat tinggi, iaitu mereka dalam kalangan 1.0 peratus atasan atau bahkan 0.1 peratus atasan, dengan golongan lain, termasuk golongan yang mempunyai upah tinggi. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...