Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Berbanding dengan tahun 1970-an dan 1980-an, kini rawatan untuk kehilangan rambut atau botak mudah didapati, dan bahkan kaedah rawatannya lebih canggih. Kita sering menemui iklan syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk memulihkan rambut yang botak. Jika kita ke pusat beli-belah, kita akan bersua dengan "jurujual" yang mempromosikan rawatan tersebut.
Berdasarkan jumlah syarikat yang ada dalam pasaran dan sebilangannya adalah mapan, maka dapat dijangkakan bahawa perniagaan untuk merawat rambut botak ini mendapat sambutan.
Tidak dapat dipastikan setakat mana keberkesanan rawatan tersebut. Hanya daripada iklan dan program televisyen yang ditaja oleh syarikat terbabit, seolah-olahnya rawatan berkesan. Walau bagaimanapun, beberapa tahun lalu, melalui Tribunal Pengguna, seorang profesor tempatan berjaya menuntut bayaran balik daripada sebuah syarikat kerana apa yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan.
Sementara itu, para penyelidik terus menjalankan kajian untuk mencari kaedah rawatan, dan yang terkini, penyelidik Jepun menemuinya melalui tikus. Penemuan kajian yang diketuai oleh Dr. Takashi Tsuji, profesor di Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi di Universiti Sains Tokyo, memberikan harapan baru yang mendapat liputan dalam The Huffington Post dan melalui Internet.
Walau bagaimanapun, penggunaan drug untuk menyelesaikan masalah botak, menurut Time, mungkin mewujudkan kesan lain, yang lebih serius, iaitu disfungsi seksual atau "mudah pancut." Kajian yang diketuai oleh Dr. Michael Irwig dari Sekolah Perubatan Universiti George Washington mendapati bahawa dalam kalangan peserta yang dikaji, sesetengahnya mengambil finasteride untuk hanya beberapa hari, 94 peratus memberitahu bahawa mereka mengalami keinginan seks yang rendah, 92 peratus melaporkan kebangkitan seksual yang rendah, 92 peratus menghadapi disfungsi erektil, dan 69 peratus mempunyai masalah puncak syahwat.
Justeru, mana satu kepala yang perlu diselamatkan?

No comments:
Post a Comment