Artikel Popular

Thursday, May 17, 2012

Jennifer Lopez Selebriti Sangat Berkuasa di Dunia

KHAMIS, 17 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Lupakan ibu yang sangat berkuasa di dunia bersempena Hari Ibu baru-baru ini. Tumpukan pula pada selebriti yang tidak kurang hebatnya.  

Jennifer Lopez, seperti yang dilaporkan,  menduduki tangga teratas dalam senarai Forbes tahunan tentang 100 orang selebriti yang sangat berkuasa di dunia, mengambil  alih tempat penyanyi pop Lady Gaga dan menewaskan raja media, Oprah Winfrey

Penyanyi dan seniwati berusia 42 tahun itu  pernah hidup menjanda. Jennifer Lopez yang dikenali  juga  sebagai  J.Lo bangkit menerusi penarafan  dunia hiburan, dari tempat kelahirannya, Bronx, New York, melonjak secara mengejutkan 50 tangga dari senarai tahun lalu yang mengukur kuasa hiburan yang berkait dengan pendapatan, keterlihatan media, dan kepopularan media sosial. 

Forbes menganggarkan pendapatan Jennifer dalam 12 bulan lalu ialah AS$52 juta, menerusi persembahan beliau sebagai hakim pertunjukan bakat televisyen, American Idol yang popular, lini pakaian baru, dan lawatan yang akan datang. Sementara Oprah mengekalkan kedudukannya dari tahun lalu, dengan pendapatannya dianggarkan AS$165 juta.  

Sementara Penyanyi pop Kanada, Justin Bieber, 18 tahun juga menduduki tangga ketiga, dengan pendapatannya AS$55 juta. Bintang pop Rihanna termasuk dalam senarai untuk pertama kali, dengan pendapatan dianggarkan AS$53 juta.

Lady Gaga yang merancang untuk mengadakan pertunjukan  di Jakarta, tetapi dibatalkan, jatuh ke tangga kelima, dengan pendapatan AS$52 juta, manakala hakim The X Factor, Britney Spears kembali semula dalam senarai, menduduki tangga keenam, dengan pendapatan dianggarkan AS$58 juta. 

Kepada para peminat Kim Kardashian  juga pendatang baru yang terserlah, jangan kecewa, artis ini menduduki tangga ketujuh, memperoleh pendapatan AS$18 juta, manakala penyanyi pop Katy Perry menduduki tangga kelapan. 

Turut tersenarai ialah Tom Cruise menduduki tangga kesembilan dan diikuti oleh Steven Spielberg pada tangga ke-10. 


Jika di Malaysia, siapakah selebriti yang paling berkuasa?  Dari segi semasa, mungkin selebriti  yang sedang "meletup" atau yang sudah mapan dan terkenal!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...