Artikel Popular

Thursday, May 17, 2012

Hutang Dunia Membangun

KHAMIS, 17 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Selepas bertahun-tahun berjaya memujuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, dan G-8 supaya menghapuskan hutang bernilai berbilion-bilion dolar yang ditanggung oleh  negara membangun, angka menunjukkan jumlah hutang luaran meningkat sekali lagi. 

Data Bank Dunia itu yang dipetik oleh The Guardian menunjukkan jumlah stok hutang luaran negara membangun meningkat sebanyak AS$473 bilion sepanjang tempoh 12 bulan menjadi AS$4 trilion pada akhir tahun 2010. 

Krisis kewangan global menumpukan perhatian terhadap hutang negara Barat yang kaya.  Amerika Syarikat mempunyai hutang luaran (negara yang meminjam daripada pemberi pinjmanan asing, termasuk bank komersial, kerajaan, individu atau institusi kewangan antarabangsa) AS$14.3 trilion (95 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar - KDNK) pada tahun 2010, manakala negara dalam Kesatuan Eropah meningkat kepada AS$13.7 trilion (85 peratus KDNK) dan United Kingdo berhutang sebanyak AS$9 trilion (400 peratus KDNK).

Bagi negara kaya, angka hutang kasar ini diimbangi oleh negara lain yang berhutang dengan mereka.  Negara, seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga mempunyai sejumlah hutang yang negara lain berhutang dengan mereka. Mengambil kira hutang negara lain kepada United Kingdom, sama kepada kerajaan ataupun sektor swasta, hutang luaran negara itu kira-kira 20 peratus.  Jumlah ini lebih rendah berbanding dengan negara membangun, di samping negara anggota Kesatuan Eropah, seperti Ireland dan Sepanyol. 

Hal ini tidak sama untuk negara miskin yang tidak mempunyai aset di seberang laut, meskipun perlu dinyatakan bahawa 40 peratus jumlah stok hutang luaran yang dihitung ditanggung oleh negara yang dikenali BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China). 

Jika ditinjau peta yang disediakan, hutang luar Malaysia menunjukkan trend meningkat, iaitu daripada AS$34,343 juta pada tahun 1995, kepada AS$41,765 juta (tahun 2000), kepada AS$51,855 juta (tahun 2005), dan AS$81,497 juta pada tahun 2010. Menjadikan hutang luaran  Malaysia 34.7 peratus KDNK berbanding dengan Thailand 22.37 KDNK, Indonesia 25.34 peratus, dan Filipina 36.24 peratus KDNK.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...