Artikel Popular

Sunday, May 13, 2012

Makna "LOL"

AHAD, 13 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Rebekah Brooks ada kalanya dikatakan sebagai anak kelima Rupert Murdoch dan terlalu rapat dengan hartawan itu, tetapi apabila dia muncul di hadapan Leveson Inquiry, maka  terbongkar rahsia hubungannya dengan ahli politik kanan British, termasuk Perdana Menteri David Cameron.  Dia juga mempunyai hubungan rapat dengan dua Perdana Menteri sebelum ini, iaitu Tony Blair dan Gordon Brown.   Canselor George Osborne juga dikatakan terlibat dalam usaha untuk memenangi empayar media Murdoch untuk membantu partinya memenangi pilihan raya umum.

Nama  yang Rebekah  dedahkan dalam penyiasatan itu ialah Jeremy Hunt, Setiausaha Kebudayaan:  E-mel Hunt bercakap dengan sendirinya.  Pendedahan itu mendorong pemimpin Parti Buruh,  Ed Miliband menggesa Hunt meletakkan jawatan

Rebekah semasa di hadapan Leveson Inquiry, antaranya mendedahkan teks mesej LOL yang dikirimkan kepada oleh David Cameron. Dia mengakui bahawa Perdana Menteri itu selalu menangani teksnya dengan "LOL" yang bermasud "Lots of love" sehingga dia memberitahu beliau bahawa maknanya "laugh out loud."  Walau bagaimanapun, Rebekah menafikain bahawa Cameron menghantar mesej teks kepada dia hingga 12 kali sehari yang merupakan khabar angin popular di tengah-tengah kejutan skandal penggodaman telefon.  Sebaliknya, dia mengakui bahawa mereka saling menghantar teks, terutamanya ketika kempen pilihan raya. 

Ketika penyiasatan yang maraton itu,  Rebekah juga mengesahkan bahawa dia dan Cameron berjumpa secara kerap, sama ada pertamuan sosial ataupun kapasiti profesional, dan dia juga mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tony Blair. Bagi sesiapa yang mengikuti rapat skandal penggodaman telefon, pertanyaan yang diajukan kepada Rebekah berhubung dengan penghantaran mesej teks antara dia dengan Cameron memang sudah dijangkakan.  Selepas Rebekah meletakkan jawatan sebagai wanita tangan kanan Murdoch, tersebar khabar angin bahawa Cameron menghantar teks simpati kepada Rebekah.

Meskipun Rebekah ketika penyiasatan itu tanpa resah gelisah, dijangkakan sesetengah jawapannya akan menghantuinya kemudian. Namun, yang paling serius ialah David Cameron tersungkur angkara wanita ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...