Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Pada hari Khamis, tercetus pergaduhan dalam kalangan anggota Parlimen Ukraine, yang turut mendapat liputan saluran televisyen di Malaysia. Pergaduhan itu berpunca daripada rang undang-undang untuk menjadikan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi di wilayah timur Ukraine yang mempunyai penduduk yang kebanyakannya bertutur dalam Rusia. Anggota Parlimen yang terbabit dilaporkan bergomol dan bertumbuk, dan seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital dengan kecederaan di kepala.
Rang undang-undang berkenaan, menurut ABC News, membenarkan penggunaan bahasa Rusia di mahkamah, hospital, dan institusi lain di wilayah tersebut. Pergaduhan tercetus antara anggota pembangkang pro-Barat yang mahu menarik keluar Ukraine daripada bayangan Rusia dengan anggota Parlimen daripada parti Presiden Viktor Yanukovych yang mempunyai sokongan kuat di wilayah timur yang penduduknya bertutur dalam bahasa Rusia.
Bahasa Rusia nampaknya menjadi tumpuan di negara bekas "takluk" Kesatuan Soviet. Sebelum ini, Latvia mengadakan pungutan suara atau referendum berhubung dengan penggunaan bahasa Rusia sebagai bahasa kedua.
Melihat pergaduhan yang tercetus dalam kalangan anggota Parlimen itu, meskipun pergaduhan seperti itu bukan asing dalam kalangan mereka kerana pernah tercetus pada Disember 2010, terlintas dalam kepala saya adakah anggota Parlimen Melayu di Malaysia nekad dan cekal mempertahankan bahasa Melayu daripada diceroboh oleh bahasa asing yang semakin berleluasa?
Apa yang saya fikirkan itu, saya poskan dalam Facebook, dan bahkan saya membayangkan sekiranya debat antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim diadakan, pusingan pertama mesti berhubung dengan bahasa Melayu. Mungkin tajuknya, "Bahasa Melayu dalam Pembinaan Bangsa" sebelum masuk ke dalam bab lain, seperti ekonomi dan hubungan antarabangsa.

No comments:
Post a Comment