Artikel Popular

Monday, May 7, 2012

Seks: Semakin Tua Semakin Galak?

ISNIN, 7 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH






Kehidupan seseorang dikatakan bermula dalam usia 40 tahun.  Akan tetapi,  ada yang mengatakan bahawa pada usia tersebut, daya fikiran seseorang mula terhakis. Bagaimana pula dari dari segi hubungan seks?

Maklumat ringkas tentang pertanyaan itu terkandung dalam The Guardian yang memetik Sex Census 2012. Lelaki atau wanita yang berusia 30-an lebih tidak berpuas hati terhadap kehidupan seks mereka berbanding dengan mana-mana kumpulan umur yang lain.  Kebimbangan kewangan dan stres menjaga anak-anak mereka menyebabkan mereka menjadi lesu dan murung untuk "adegan ranjang."  Namun, mereka tidak perlu berasa hampa kerana hubungan seks terbaik kelihatan berlaku ketika mereka berusia 50-an, manakala keyakinan seksual memuncak antara umur 60 tahun dengan 69 tahun.

Kajian yang melibatkan 25,000 orang responden,  menunjukkan bahawa 25 peratus mereka yang berumur antara 30 tahun hingga 39 tahun tidak gembira dengan kehidupan seks mereka kerana kebimbangan tentang kewangan dan tuntutan kehidupan moden. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...