Artikel Popular

Tuesday, May 15, 2012

Presiden "Gay" Pertama

SELASA, 15 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pendirian Presiden Barack Obama bahawa beliau menyokong perkahwinan sejenis mengundang kontroversi, baik dari segi sosial dan agama mahupun dari segi politik. Sedikit sebanyak, pendirian Obama  itu dikatakan menimbulkan masalah, dan mempengaruhi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012 yang setakat ini, menurut tinjauan pendapat Bloomberg, beliau mendahului Mitt Romney. Namun,  dijangkakan sokongan beliau itu  menyuntik semangat puak konservatif Kristian untuk memihak kepada Romney

Oleh sebab sokongan itu keluar dari mulut Presiden, maka banyak reaksi dan polemiknya, misalnya Dana Milbank yang menulis dalam The Washington Post muncul dengan "Barack Obama Presiden wanita pertama." Jika kulit depan  Time yang mempamerkan si anak menghisap tetek ibunya yang mencetuskan kontroversi dan mendapat perhatian meluas, Newsweek juga mengambil langkah yang sama dengan mengeksploitasi sokongan Obama terhadap perkahwinan sejenis.  

Kulit depan majalah itu muncul dengan "The First Gay President."   Kulit depan itu menurut Jeniffer Rubin, menjadi hadiah untuk Mitt Romney dan isterinya, Ann.  


Tatkala Barack Obama dinobatkan "raja gay," Newsweek dan Time berlawan kulit depan untuk menentukan mana yang lebih kontroversi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...