Artikel Popular

Friday, May 4, 2012

Lelongan Termahal Kerja Seni

JUMAAT,  4 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pada zaman kemelesetan, orang ramai mengetatkan tali pinggang atau ikat perut mereka dan syarikat keberatan untuk melabur.   Sementara kerajaan pula, seperti yang berlaku di Eropah, melaksanakan langkah jimat-cermat, iaitu mengurangkan perbelanjaan.  

Pendek kata, isi rumah, sektor swasta, dan sektor awam, tidak akan berbelanja sesuka hati; kecuali untuk sektor awam (kerajaan) di banyak negara pernah melaksanakan pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2009 untuk memulihan ekonomi yang meleset ketika itu. 

Walau bagaimanapun, kemuraman ekonomi tidak menghalang segolongan orang untuk meneruskan hobi atau kegemaran mereka.  Misalnya, ketidaksamaan pendapatan  merupakan "zaman keemasan pelancongan mewah."  Bagi mereka 

Hobi mesti diteruskan. Carta harian The Economist  memaklumkan kerja seni yang dijual paling mahal menerusi lelong.  Beberapa lelongan tersebut dilakukan semasa krisis ekonomi tahun 2008 - 2012.   Mendahului senarai ialah The Scream karya Edvard Munch yang tidak mempunyai cukup wang untuk membeli kanvas, maka  lukisan itu dijual pada 2 Mei dengan AS$120 juta pada kadbod. Diikuti oleh karya Pablo Picasso yang dilelong pada harga AS$112 juta pada tahun 2010.  Dua lagi karya beliau, dilelong pada tahun 2004 dan 2006.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...