Artikel Popular

Thursday, May 17, 2012

Pilihan Raya Presiden AS: Mormon Lawan Islam

KHAMIS, 17 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012 pastinya menyaksikan pertandingan antara penjawat kini, Barack Obama dengan Mitt Romney daripada Republikan yang semakin memperkukuh kedudukannya berikutan "penarikan terbaharu"  oleh  Ron Paul, sebelum ini, Rick Santorum dan Newt Gingrich. 

Tatkala kempen di kedua-dua belah kian rancak, akhbar di kedua-dua belah Atlantik mencetuskan persoalan agama.  Mitt Romney, sejak sekian lama dihantui oleh anutan agamanya, iaitu Mormon. Seperti yang dibangkitkan dalam Los Angeles Times, bagaimana para pengundi bertindak balas terhadap kepercayaan agama Romney.  Tidak pernah berlaku dalam pencalonan presiden datangnya daripada Mormon, dan kajian menunjukkan bahawa sebanyak satu perlima rakyat Amerika yang keberatan untuk mempercayai Mormon yang memegang jawatan tertinggi di negara itu. 

Namun, kajian baru  yang diterbitkan oleh Brookings Institution yang turut dipetik oleh The Washington Post, menyatakan anutan agama Mormon akan membantu Romney untuk memenangi pilihan raya akan datang. 

Sementara Romney menghadapi masalah Mormon, Presiden Barack Obama pula bergelut dengan Islam.  Selain sebilangan rakyat Amerika menganggap beliau Islam, namanya, Barack Hussein Obama, seperti yang dilaporkan oleh The Telegraph, menyukarkan pemilihan beliau. Ketika wawancara televisyen, hos menyatakan bahawa nama penuh beliau ialah "Barack Hussein Obama," beliau mengulanginya dua kali, menegaskan bahawa nama tengah itu membawa kepada teori konspirasi untuk mendakwa secara silap bahawa beliau secara rahsia ialah Islam.


Sama ada Mormon ataupun Islam, agama semakin penting dalam politik, dan Amerika Syarikat tidak terkecuali.  Di negara itu, pemisahan antara gereja dengan negara semakin kabur, dan oleh itu, sekularisme kian terhakils. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...