Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Bekas Perdana Menteri British, Harold Wilson pernah berkata, "Satu minggu ialah masa yang panjang dalam politik." Sesuatu yang sedang dihadapi oleh Perdana Menteri David Cameron sekarang. Pilihan raya tempatan yang baru sahaja berlalu menyaksikan kerajaan Pakatan yang berusia dua tahun, pimpinan beliau dan Nick Clegg tewas di tangan Parti Buruh. Hanya kemenangan Boris Johnson untuk Datuk Bandar London yang dapat mengubat luka yang parah.
Cameron yang akur dengan keputusan itu, tetapi mengakui pembaharuan memerlukan masa. Menyedari ketegangan memuncak dan kerajaan Pakatan di tepi kancah perang saudara, kedua-dua pemimpin itu berjanji akan melawan balik dan cuba memperlihatkan mereka berjiwa rakyat.
Dari segi ekonomi, seperti yang dijangkakan, terbukti bahawa United Kingdom terjebak dalam kemelesetan curam berganda mendedahkan kegagalan dasar jimat-cermat yang beliau laksanakan selama ini. Di tengah-tengah kebingungan kekalahan dalam pilihan raya itu, pada 9 Mei lalu, Ratu Elizabeth berucap di Parlimen yang ditafsirkan oleh Cameron, "membina semula Britain."
Sementara ekonomi negara itu muram, skandal penggodaman telefon terus berpanjangan yang kini dihadapkan kepada Leveson Inquiry, dengan bermacam-macam cerita keluar daripada individu yang dipanggil untuk memberikan keterangan masing-masing. Yang paling meletup ialah keterangan Rebekah Brooks tentang teks LOL yang dia terima daripada Cameron. Pada tahun lalu, berlaku rusuhan dan penjarahan di London dan beberapa kota Inggeris yang lain. Jika pada suatu ketika berlaku mogok sektor awam terbesar, yang terbaharu melibatkan beribu-ribu polis British yang menentang jimat-cermat.
Kerajaan paling radikal di Barat, pimpinan Cameron, menurut The Economist, dalam krisis, perlu menemui semula kejelasan dan kejujurannya. Dua pertiga pengundi kini tidak bersetuju dengan prestasi Cameron dan tiga perempat memandang rendah terhadap Nick Clegg. Dalam pilihan raya tempatan pada 3 Mei, parti mereka kehilangan beratus-ratus kerusi, kebanyakannya kepada Parti Buruh. Bahkan, Boris Johnson yang berjaya mempertahankan kedudukannya dianggap pemimpin yang lebih baik.
Tambah tulisan dalam majalah itu lagi, penyiasatan kehakiman tentang akhbar mendedahkan hubungan mesra yang memalukan antara para pemimpin Parti Konservatif dengan akhbar milik Rupert Murdoch. Kerajaan, dan terutamanya Perdana Menteri, digambarkan sebagai "tidak mengikuti perkembangan" dan diberitahu supaya "mendapatkan kawalan."
Kerajaan Pakatan itu dikatakan berjaya melakukan pembaharuan dalam bidang pelajaran dan kebajikan, tetapi kurang berjaya dalam pembaharuan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dan Masyarakat Besar dan yang paling teruk, Masyarakat Besar.
Puak kanan Parti Konservatif menyalahkan kekeliruan terhadap kerajaan Pakatan dan mereka yang bimbang terhadap Demokrat Liberal. Nyata bahawa tindakan itu tidak adil sama sekali dan mendedahkan ketidaksefahaman Konservatif dalam Pakatan itu. "Para pengundi tahu bahawa perkahwinan melibatkan keseimbangan atau 'beri dan ambil'."
Tanpa Nick Clegg dan parti Demokrat Liberalnya, David Cameron tidak dapat menubuhkan kerajaan apabila Pilihan Raya Umum pada Mei 2010 menyaksikan "Parlimen tergantung." Maka, Clegg yang ketika itu dianggap sebagai dalang politik, mempunyai pilihan, sama ada menubuhkan kerajaan Pakatan dengan Parti Konservatif ataupun Parti Buruh. Namun, beliau memilih Cameron dan bukannya Gordon Brown atas alasan parti pimpinan Cameron lebih banyak memenangi kerusi Parlimen.
Namun, setelah berkahwin "suka sama suka," banyak pula kerenah dan masalah yang dihadapi, baik dari segi politik mahupun dari segi ekonomi dan sosial.

No comments:
Post a Comment