Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sempena Hari Ibu yang disambut pada 13 Mei semalam, Forbes menyenaraikan 20 orang ibu yang sangat berkuasa di dunia. Mendahului senarai ialah Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, diikuti oleh Dilma Rousseff, Presiden Brazil. Nama lain yang turut tersenarai, termasuk Melinda Gates, Sonia Gandhi, Michelle Obama, Christine Lagarde, dan Cristina Fernandez.
Bagi peminat Beyonce Knowles, pastinya mereka berbangga kerana penyanyi ini turut tersenarai, menduduki tangga ke-14. Bagi warga penerbitan, persuratkhabaran khususnya, muncul Jill Abramson, editor eksekutif The New York Times yang menduduki tangga ke-10 dalam senarai.
Kalau disenaraikan ibu yang sangat berkuasa di Malaysia, agaknya siapakah yang mendahului senarai? Dan siapakah yang tergolong?
No comments:
Post a Comment