Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada November, pastinya menyaksikan pertandingan antara Barack Obama dengan Mitt Romney yang disifatkan penjawat kini yang lemah lawan pencabar yang lemah yang dijangkakan menghadapi persaingan sengit di negeri berayun. Sementara kempen Obama dilaporkan begitu yakin menewaskan Romney yang wang besar mencurah-curah, termasuk daripada adik-beradik Koch, demi memastikan kemenangannya.
Meskipun Romney belum lagi mendapat pengesahan daripada Republikan, setakat ini beliau mendahului pesaingnya, iaitu memperoleh 966 calon untuk melepasi 1144 calon untuk memenangi pencalonan Presiden. Berikutan penarikan diri Rick Santorum yang kini, menyokong Romney, dan Newt Gingrich, maka bekas Gabenor Massachusetts itu dalam laluan yang mudah. Pemilihan awal Republikan menyaksikan suatu pertandingan yang sengit, cabar mencabar, tuduh menuduh sehingga mendorong salah seorang calon, iaitu Jon Hunstman menyamakan partinya sendiri, Republikan dengan Parti Komunis.
Sementara Barack Obama yang dilaporkan mendapat liputan negatif akhbar berbanding dengan Romney, pada minggu lalu, secara rasmi melancarkan kempen pemilihan semula beliau sambil mengambil kesempatan menggasak Romney dengan menegaskan golongan kaya sepatutnya membayar cukai yang lebih tinggi. Sebelum ini, beliau muncul bersama-sama bekas Presiden Bill Clinton berkempen dari segi ekonomi. Serangan terhadap Romney semakin bertalu-talu, termasuk dakwaan bahawa jika beliau menjadi Presiden Amerika akan dikelilingi oleh puak kanan jauh. Dari segi dasar luar, Naib Presiden Amerika, Joe Biden, seperti yang dilaporkan dalam The Slate, menggasak Romney yang 'bertindak keseorangan" dan cuba mengembalikan dasar era George W. Bush.
Tatkala kempen Pilihan Raya Presiden ini semakin rancak, dengan satu demi satu tinjauan pendapat dikeluarkan, termasuk analisis oleh The Huffington Post yang setakat ini, menunjukkan Barack Obama mendahului Mitt Romney dengan 294 badan perwakilan pemilih, manakala pencabarnya memperoleh 170 badan perwakilan pemilih.
Carta harian The Economist menunjukkan bagaimana rakyat Amerika memilih Presiden mereka melalui badan perwakilan pemilih yang jumlahnya berbeza antara negeri.
Jumlah undi yang tertinggi ialah California, dengan 55 undi dan yang terendah ialah tiga undi, seperti di Alaska, Delaware, District of Columbia, Montana, North Dakota, South Dakota, Vermont, dan Wyoming. Kedua tertinggi ialah Texas dengan 38 undi, diikuti oleh New York dan Florida, masing-masing 29 undi.
Untuk memenangi Rumah Putih, seseorang calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 270 badan perwakilan pemilih.
No comments:
Post a Comment