Artikel Popular

Friday, October 5, 2012

Suami Isteri Tidak Boleh Macam Belangkas

JUMAAT, 5 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pesan orang tua, "sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan."  Pendek kata, untuk pasangan suami isteri tidak boleh asyik berkepit selalu, kepit sokmo.  Sekali-sekala perlu juga berjauhan agar terasa rindu dendam yang tidak terkira.

Demikian juga pesan Laurie Puhn, "Be Apart to Stay Together" dalam The Huffington Post, menceritakan pengalaman Barbra Steisand yang gembira berkahwin dengan James Brolin selama 14 tahun.  Pasangan suami isteri menghabiskan masa untuk hidup berasingan.  Mereka berbual melalui telefon selalu dan kemudian, apabila mereka berjumpa antara satu sama lain, maka keseronokan, keterujaan, dan keromantikan mekar dalam hubungan mereka mekar membara.

"Keluar berjalan-jalan melakukan perkara tanpa orang kesayangan anda boleh jadi baik untuk perkahwinan anda," tulis Laurie, dengan merujuk penyelidikan baru yang menunjukkan bahawa pasangan yang lama berkahwin selalu memberitahu rahsia mereka, "Kami memberi antara kami ruang.  Beliau memetik kajian yang tidak diterbitkan yang menunjukkan bahawa mempunyai ruang yang cukup atau privasi dalam hubungan adalah lebih penting untuk kegembiraan pasangan berbanding dengan mempunyai kehidupan seks yang baik."

Terlalu banyak masa untuk pasangan bersama-sama boleh merosakkan perkahwinan, demikian pesan Laurie.  Maka, "lu sana, gua sini."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...