Artikel Popular

Thursday, October 11, 2012

IMF: Bank-bank di Kesatuan Eropah Diancam Pelarian Modal

KHAMIS, 11 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan amaran bahawa bank-bank di Kesatuan Eropah diancam oleh pelarian modal.  Dalam laporan terbaharunya itu, yang dipetik oleh The Guardian, jumlah aset bank boleh menguncup bertrilion-trilion dolar kerana wang diambil keluar dari negara zon euro pinggir.

Para pelabur yang takut akan keruntuhan zon euro, menarik keluar wang mereka daripada sistem kewangan pada gerakan yang besar, menjadikan sukar bagi kerajaan dan perniagaan untuk memenuhi cabaran menjana pertumbuhan konsisten.

IMF menghitung bahawa jumlah aset bank-bank Kesatuan Eropah yang dipaksa menguncup boleh mencecah AS$2.8 trilion, membawa kepada pengurangan sembilan peratus dalam kredit.  Dalam senario yang melampau angka itu boleh meningkat kepada AS$4.5 trilion.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...