Artikel Popular

Monday, October 8, 2012

Anggota Kongres Amerika yang Kaya-raya

ISNIN, 8 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kemiskinan dan kebuluran yang berlaku di Amerika Syarikat telah pun diketahui umum kerana pernah didedahkan secara rasmi pada September lalu.  Di seluruh negara, bilangan orang yang hidup dalam kemiskinan meningkat kepada 48.5 juta orang, atau hampir 16 peratus penduduk, bilangan kemiskinan tertinggi dalam masa lebih 50 tahun yang pernah dicatatkan.  Sementara itu, golongan bawah dan menengah terpaksa mengambil masa yang lama untuk pulih daripada kemelesetan ekonomi.

Dalam pada itu, seperti yang didedahkan oleh The Washington Post, anggota Kongres Amerika yang kaya-raya kebanyakannya terselamat daripada kemelesetan yang teruk.  Satu pertiga daripada mereka kebanyakannya kebal daripada Kemelesetan Besar.  Ada anggota perundangan yang super kaya dan ada yang terpaksa menanggung berat kerana hutang, daripada yang kekayaan diwarisi kepada berkahwin dengan orang kaya kepada yang tidak mempunyai kekayaan sama sekali.

Berbeza daripada banyak tanggap popular, penggubal undang-undang tidak menjadi kaya semata-mata kerana menganggotai Kongres, jelas akhbar itu.  Orang kaya yang pergi ke Kongres terus mengekalkan kekayaan mereka ketika mereka di sana.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...