Artikel Popular

Thursday, October 18, 2012

Mansa Musa: Orang Terkaya di Dunia Sepanjang Zaman

KHAMIS, 18 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Apabila kita menyebut orang terkaya di dunia sekarang, maka yang akan kita bayangkan ialah tokoh, seperti Carlos Slim, Bill Gates, Warren Buffett, antaranya. Mereka adalah antara nama sezaman yang memiliki kekayaan yang luar biasa nilainya.

Walau bagaimanapun, jika kita melihat dari segi sejarah, maka muncul  beberapa nama lain, yang mungkin sesetengahnya, kita tidak jangkakan, dan bahkan kita tidak pernah dengar namanya.  

Seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post dan The Independent,  orang terkaya di dunia sepanjang zaman ialah Mansa Mussa, maharaja Mali pada abad ke-14,  dengan kekayaan yang menakjubkan bernilai AS$400 bilion, selepas diselaraskan dengan inflasi, seperti yang dihitung oleh Celebrity Net Worth.  Maksudnya, kekayaan Mansa Musa jatuh mengatasi orang terkaya di dunia sezaman, iaitu Carlos Slim dan keluarga.

Menduduki tangga kedua dalam senarai ialah keluarga Rothschild (AS$350 bilion), diikuti oleh antaranya John D. Rockeffler (AS$340 bilion), Andrew Carnegie (AS$310 bilion),  Tsar Nicholas II dari Rusia (AS$300 bilion), Mir Osman Ali Khan (AS$236 bilion),  William Penakluk (AS$229.5 bilion),  dan Muammar Gaddafi (AS$200 bilion).  

Orang terkaya sezaman yang turut tersenarai ialah Bill Gates dengan kekayaan AS$136 bilion, Carlos Slim (AS$68 bilion), Sam Walton (AS$65 bilion), dan Warren Buffett (AS$64 bilion).



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...