Artikel Popular

Sunday, October 21, 2012

Krisis Ekonomi: Profesion Tertua Berkembang Mekar

AHAD, 21 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kesatuan sekerja dilaporkan mengadakan perarakan di London, Glasgow, dan Belfast  kerana membantah jimat-cermat yang dilaksanakan oleh kerajaan British.  Krisis ekonomi yang berlanjutan mendorong banyak negara Eropah melaksanakan jimat-cermat yang memburukkan lagi keadaan.

Sementara di Portugal, salah sebuah negara zon euro yang dilanda krisis hutang, bilangan wanita semua usia terjebak dalam pelacuran, menurut Cintia Taylor, meningkat kerana terdesak untuk memenuhi keperluan hidup.  

Mereka dikatakan terdiri daripada kumpulan campuran, daripada pelajar sekolah yang tercicir kepada lepasan universiti, selalunya mereka yang berkahwin dan mempunyai anaik.  Kebanyakannya merahsiakan pekerjaan mereka, memberitahu bahawa mereka mendapat pekerjaan sebagai tukang cuci.

Pelacuran, yang berkembang, tegas Cintia bukan sahaja di Portugal, tetapi juga di Sepanyol dan Italy.  Didapati bahawa 10 hingga 15 peratus meningkat dalam kalangan pekerja seks wanita dalam dua tahun lalu hanya di Madrid.  Kebanyakan wanita ini meninggalkan jalanan, tetapi kini kembali semula selepas diberhentikan pekerjaan atau selepas upah mereka dikurangkan.  Sesetengah mereka menggabungkan pelacuran dengan kerja bahaya yang lain.

Di Italy, banyak muka baru muncul dijalanan, meskipun tidak dapat disahkan peningkatan jumlah pelacur.  Namun, sebagaimana di Lisbon, menurut Cintia, pekerja seks yang telah bersara menceburi semula profesion lama mereka.

Sementara di Greece - salah sebuah negara selatan  zon euro yang dilanda krisis hutang yang teruk beserta kadar pengangguran yang tinggi dan kemelesetan, seperti yang dilaporkan oleh Associated Press, kelab bola sepak yang menghadapi masalah kewangan diselamatkan oleh rumah pelacuran. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...