Artikel Popular

Saturday, October 6, 2012

Stiglitz: Rangsangan Fiskal Diperlukan

SABTU, 6 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Setelah muncul dalam wawacara dengan Spiegel Online International tentang mitos impian Amerika, mengkritik industri kewangan yang melebarkan jurang ketidaksamaan antara golongan kaya dengan golongan miskin di Amerika Syarikat, Joseph Stiglitz menulis bahawa menambah kecairan tidak memadai, sebaliknya rangsangan fiskal diperlukan.

Banlk pusat  kedua-dua belah Antlantik, iaitu Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah (ECB)  mengambil langkah dasar monetari luar biasa pada September, iaitu   "QE3"  (peredaan kuantitatif ketiga) yang dinantikan begitu lama.  Beliau memetik pengakuan kedua-dua bank pusat itu bahawa pasaran tidak memulihkan dengan segera memulihkan guna tenaga penuh dengan sendirinya.  Rangsangan diperlukan. 

Hujah Penerima Hadiah Nobel Ekonomi ini, di kedua-dua belah Antlantik, rangsangan fiskal diperlukan.  "Dasar monetari terbukti tidak berkesan, dan kebanyakannya mustahil mengembalikan ekonomi kepada pertumbuhan mapan."

Dalam model ekonomi tradisional, kecairan yang bertambah menghasilkan lebih banyak peminjaman, kebanyakan untuk para pelabur dan kadangkala untuk para pengguna, dan dengan itu meningkatkan permintaan dan guna tenaga.  Namun, tegas Stiglitz, "perhatikan kes, seperti Sepanyol yang begitu banyak meninggalkan sistem perbankan dan terus meninggalkannya.  Sekadar menambah kecairan, manakala dasar jimat-cermat semasa masih berterusan, tidak akan  menghidupkan semula ekonomi Sepanyol." 

Tentang Rizab Persekutuan, bentuk rangsangan yang dilaksanakan seperti penurunan kadar faedah, perbelanjaan kerajaan, dan potongan cukai, menurut Robert J. Samuelson, pemulihan tersekat-sekat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...