Artikel Popular

Tuesday, October 16, 2012

Misteri Kemerosotan Obama: Molly Ball Mempunyai Jawapannya?

SELASA, 16 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Seperti yang dinyatakan dalam tulisan sebelum ini, Kevin Drum membangkitkan bahawa kemerosotan Barack Obama dalam Pilihan Raya Presiden tahun 2012 berlaku sebelum debat pertama di Denver.  Walau bagaimanapun,  Drum tertanya-tanya apakah yang menyebabkan Obama mula merudum.

Setelah membaca tulisan Molly Ball dalam The Atlantic, "mengapa kita tidak sepatutnya terkejut apabila Obama merosot," saya berkeyakinan bahawa Molly memberikan jawapannya, meskipun tidak merujuk tulisan Drum itu.  Presiden menunjukkan tanda kelemahan, hujah Molly sebelum dua calon itu bertemu di Denver, tetapi setiap orang hanya dialihkan perhatian mereka terhadap berita teruk tentang Romney.



Obama, menurut Molly muncul dalam dua program awam penting sebelum debat tersebut, dan kedua-duanya sepatutnya mencemaskan para penyokongnya, iaitu wawancara 60 Minutes dan forum yang dianjurkan oleh Univision rangkaian berbahasa Sepanyol.  Dalam kedua-dua wawancara yang meluaskan itu, Presiden tidak menguasai permainannya, seperti yang berlaku dalam debat yang menyusul tidak lama selepas itu, iaitu tidak stabil, berdolak-dalik, dan kurang kekuatan dan kurang menyengat.  Namun, oleh sebab Mitt Romney ketika itu terpaksa bergelut dengan "kekalahan," maka kesilapan Obama terlepas perhatian.

Dalam forum Univision, moderator Jorge Ramos mendesak keras Obama tentang kegagalan beliau melaksanakan pembaharuan imigresen, dan Obama tidak mempunyai jawapan yang baik.

Di tempat lain dalam wawancara pada 20 September, Obama mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan bahawa "anda tidak dapat mengubah Washington dari dalam, anda hanya mengubahnya dari luar."

Dalam wawancara 60 Minutes, jelas Molly, yang disiarkan pada 23 September, ialah cerita yang sama.  Obama membangkitkan kemarahan sesetengah pemerhati dasar luar dengan menyatakan tercetusnya rusuhan di Timur Tengah baru-baru ini "bonggol di jalan."  Berhadapan dengan kritikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu tentang dasar Israel beliau, Obama berkata bahawa beliau tidak mengambil berat:  "Saya akan menyekat mana-mana bunyi bising yang keluar dari sana."

Walaupun Molly mengemukakan jawapan yang agak kukuh, hanya yang tidak dipastikan, sama ada kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Obama sebelum debat pertama itu dapat dikesan oleh para pengundi, bahkan kempen Romney  sendiri tidak menyedari perkara tersebut.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...