Artikel Popular

Sunday, October 14, 2012

Masa Depan Bahasa Inggeris Diragui?

AHAD, 14 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam "Bahasa Kejayaan" yang dimuatkan dalam sisipan National Journal, Jody Brannon seakan-akan meragui masa depan bahasa Inggeris di Amerika Syarikat, antaranya kerana wujud pelbagai dialek dalam bahasa itu dan banyak bahasa digunakan dalam televisyen, terutamanya bahasa  Sepanyol.

Peranan bahasa Inggeris sebagai lingua franca dan kemunculan banyak soalan yang sukar dijawab tentang penguasaan bahasa itu dalam demokrasi yang semakin berlainan.  Mampukah Amerika Syarikat mengekalkan ekonomi, budaya, dan kepaduan politiknya, manakala berjuta-juta orang muda dibesarkan dalam isi rumah yang bahasa Inggeris dituturkan secara terhenti-henti? soal Jody.

Tambah beliau, "mampukah negara ini mengekalkan keutuhannya dalam hal ehwal antarabangsa ketika "kebangkitan negara lain," apabila 90 peratus Amerika kelahiran peribumi tidak bertutur dalam bahasa asing, lebih besar peratusannya daripada katakan di Eropah? 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...