Artikel Popular

Thursday, October 11, 2012

Seks Sepanjang Hayat

KHAMIS, 11 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Bukan sahaja pendidikan perlu berlangsung sepanjang hayat, seks juga demikian demi kerukunan rumah tangga dan menjadikan perkahwinan kekal abadi.  Bagi kebanyakan orang, kecuali sebilangan lelaki yang "miang-miang keladi," atau semakin tua semakin menjadi, apabila usia mereka memasuki usia setengah abad, seks tidak penting lagi secara relatifnya. 

Beberapa tahun lalu, seorang teman yang hebat "bak perempuan" memberitahu saya bahawa dia kurang "galak," atas sebab-sebab tertentu, tetapi dia menambah, "kalau tukar gambar,  lain ceritalah."

Iris Krasnow yang menulis dalam The Huffington Post, mendedahkan bahawa "hubungan seks yang baik menjadikan perkahwinan berkekalan," dengan merujuk pertemuan dan perbincangannya dengan wanita, sejak beliau menghasilkan The Secret Lives of Wives. Beliau mengemukakan beratus-ratus soalan tentang apakah yang menentukan kelangsungan perkahwinan.  Kebanyakan pertanyaan ada kena mengena dengan bagaimana untuk mengekalkan "kemesraan," perkataan menarik untuk seks.

Ketika menjalankan kajian untuk buku itu, jelas Iris, banyak perbualan tentang seks tatkala beliau menemul bual 200 orang wanita dalam perkahwinan jangka panjang.  Terus kekal hangat antara satu sama lain merupakan alasan utama hubungan mereka kekal, "Saya dengar daripada isteri yang berpuas hati dengan perkahwinan lebih 40 tahun."

Sebuah cerita pilihan beliau, jelas Iris datangnya daripada Libby, berusia 86 tahun, berkahwin setengah abad, dan balu sejak lima tahun.  "Kami tidak pernah hilang daya tarikan fizikal," beritahu Libby, "Saya perlu beritahu anda, seks selalunya sangat, sangat penting.... Kami mempunyai hubungan seks yang hebat hampir sehingga suami saya meninggal dunia."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...