Artikel Popular

Thursday, October 4, 2012

IMF: Tidak Ada Pemulihan Hingga Tahun 2018

KHAMIS, 4 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Hakikatnya, dunia masih bergelut dengan pemulihan yang lemah, pertumbuhan yang perlahan, pengangguran yang tinggi, krisis zon euro, dan diburukkan lagi oleh langkah jimat-cermat yang dilaksanakan di Eropah terutamanya.  Namun, mungkin tidak banyak orang yang membayangkan bahawa ekonomi memerlukan tempoh yang begitu panjang untuk pulih, sedangkan dunia berjaya mengelakkan daripada kemelesetan yang teruk sejak Perang Dunia Kedua.

Ketua ahli ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Olivier Blanchard memberikan amaran bahawa ekonomi global memerlukan masa satu dekad untuk pulih daripada krisis kewangan ketika gambaran terbaharu  ekonomi United Kingdom menunjukkan pada suku ketiga tahun 2012 akan pada tahap anemia terbaik.

Blanchard menyatakan kebimbangannya terhadap krisis zon euro, masalah hutang di Jepun dan Amerika Syarikat, dan keperlahanan   di China bermakna bahawa ekonomi dunia tidak dalam kedudukan yang baik hingga sekurang-kurangnya tahun 2018.  Walaupun keadaan ini bukannya "dekad yang hilang," beliau mengingatkan, "pastinya sekurang-kurangnya mengambil satu dekad dari permulaan krisis bagi ekonomi dunia untuk kembali semula kepada bentuk yang wajar.

Bagi Amerika Syarikat, berdasakarn data baru,  seperti yang cuba  dibahaskan oleh Christopher Matthews dalam Time, terjebak dalam kemelesetan semula.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...