Artikel Popular

Thursday, October 11, 2012

Rawatan Disfungsi Erektil

KHAMIS,  11 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kita sering melihat, baik di kawasan perumahan dan di jalan raya, mahupun melalui media sosial, iklan tentang ubat kuat lelaki.  Tentang "khasiat" ubat berkenaan tidak perlu dibincangkan di sini: sesiapa yang bermiat boleh mencubanya sendiri.

Di sini, saya hanya berkongsi maklumat tentang penemuan rawatan baru disfungsi erektil, atau dalam bahasa mudah, "ubat kuat lelaki," yang diterbitkan dalam The Huffington Post.  Kajian terbaharu dari John Hopkins Medicine, menemui proses biokimia perlu untuk terus tegak, penemuan mungkin membawa kepada rawatan baru untuk disfungsi erektil.  Proses ini adalah untuk memastikan  nitrik oksida  terlus dilepaskan agar  zakar terus tegak.

Selain rawatan baru tersebut, akhbar Internet itu mencadangkan "rawatan tradisional"  untuk mengatasi masalah disfungsi erektil: arginina, racun labah-labah, jus buah delima, yohimbe, ginseng, gingko, epimedium, zink, dan akupuntur.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...