Artikel Popular

Tuesday, October 9, 2012

Di China, Perempuan Simpanan dan Rasuah Sama Naik

SELASA, 9 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Jika kita menonton filem atau membaca kisah zaman klasik China atau zaman maharaja, kehadiran gundik merupakan satu kelaziman.  Amalan memasang gundik tidak berakhir, meskipun maharaja tidak wujud lagi, dan negara itu diperintah oleh Komunis.

Di samping gundik yang kini lebih lebih dikenali sebagai perempuan simpanan, seperti yang didedahkan oleh Adam Minter dalam Bloomberg, ialah amalan rasuah.  Mana dahulu?  Rasuah atau perempuan simpanan? Soal Minter sambil menegaskan bahawa di China, kedua-duanya datang bersama-sama.  Ada pegawai di China yang mempunyai  perempuan simpanan antara 18 hingga 20 orang.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...